JEMENTAH, 16 Mei – Telah berlangsungnya Kembara Mahkota Johor yang telah diadakan di Padang Awam Jementah. Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pertanian, Pejabat Belia, Persatuan Petani Jementah dan Car Boot Sale. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program ini berjalan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah demo memanjat pokok kelapa dengan menggunakan mesin, kupas buah kelapa menggunakan mesin, pemeran berasaskan kelapa antaranya produk makanan dan hasilan dari bahan kelapa. Tidak ketinggalan juga pemberian anak pokok dan kit bumi hijau juga telah diedarkan kepada 500 orang pengunjung semasa program itu berlangsung.

Tidak ketinggalan juga pelbagai aktiviti sukan dan pertandingan yang berasakan kelapa telah dijalankan. Antaranya sukan boling kelapa, teka berat kelapa, kukur kelapa, raut lidi kelapa, nganyam ketupat dan lain lain lagi. Dalam program itu juga Persatuan Petani Jementah juga terlibat dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan promosi jualan buah-buahan dan jualan pelbagai jenis pokok buah-buahan. Perlibatan dari Car Boot Sale juga memberi peluang kepada peniaga membuat promosi jualan mereka. Putu Bambu juga terlibat dalan menyediakan santapan untuk Tuanku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *