KULAI, 14 MeiΒ – Sempena dengan Kembara Mahkota Johor tahun 2016 ini, Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah menyediakan ruangan pameran bagi pengunjung yang datang ke lokasi perhentian KMJ iaitu di Felda Inas Utara. Disamping dapat bertemu dengan rombongan KMJ, pengunjung juga dapat melihat teknologi terbaru dalam bidang pertanian. Pameran yang diadakan ialah memperkenalkan mengenai Pertanian Bandar. Program ini melibatkan komuniti bandar dan sekitarnya supaya dapat menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian bagi mengeluarkan sendiri sumber makanan dalam mengurangi kos sara hidup dan dapat menampung keperluan harian. Selain itu juga, secara tidak langsung dapat menambahbaik dan mengindahkan lanskap kawasan kediaman, pejabat mahupun sesebuah institusi. Selain itu juga, ia sedikit sebanyak dapat membantu menjayakan sektor pertanian sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) untuk menjamin keselamatan makanan serta mengurangkan import hasil pertanian daripada negara luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *