MERSING, 14 Mei – Aturcara program Kembara Mahkota Johor ke Daerah Mersing adalah lawatan Tuanku Sultan Johor ke projek fertigasi Felda Tenggaroh 6, usahawan Mohd Effindi bin Mohamad. Tuanku berkenan untuk melawat dan melakukan aktiviti menuai tanaman cili dan terong dan turut berminat untuk mendapatkan pokok cili untuk ditanam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Seterusnya lawatan Tuanku Sultan ke gerai pameran Jabatan Pertanian di mana Tuanku disajikan dengan kek 3 tingkat, soto dan kordial buah mata kucing.














