PONTIAN, 19 Mei – Seramai 30 Mahasiswa dan Mahasiswi Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Program Pertanian Asas Kehidupan Bakti Siswa. Mahasiswa dan mahasiswi ini terdiri daripada pelajar Kursus Ko Kurikulum Briged Bakti Siswa (QKS2101) Kumpulan 34 dan 44. Program ini telah berlangsung dari 19 hingga 22 Mei 2016 disekitar Daerah Pontian. Antara aktiviti yang diadakan ialah lawatan ke Muzium Nanas dan Projek Madu Kelulut Kokaza Holding Sdn. Bhd. Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar disamping memberi peluang kepada peserta untuk memahami sosio budaya penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai aspek kepenggunaan dan hak pengguna kepada pelajar dan masyarakat luar bandar serta memberi pendedahan serta melatih mahasiswa untuk merancang dan melaksanakan sesuatu program.












