BULUH KASAP, 18 Mei – Satu program telah diadakan di Kampung Orang Asli Puting yang dirasmikan oleh YB Hajah Norsidah binti Ibrahim sempena sambutan 70 tahun Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Johor dengan kerjasama Rumah Sri Kenangan Johor Bahru dan JPMM Dun Buloh Kasap. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa program ini berlangsung, antaranya penyampaian sumbangan kepada penduduk orang asli oleh RTM, ImCoop, Program Galakkan Usahawan dan penyerahan anak pokok  benih durian Musang King oleh Jabatan Pertanian yang disampaikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Segamat Puan Murni Yati binti Samsudin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *