MERSING – Percubaan menanam cendawan Volvariella Volvacea telah dilakukan di Pejabat Pertanian Tenglu oleh Cik Afiqah binti Rahib, Pelajar Praktikal dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Penanaman ini diselia bersama pegawai pertanian daerah Mersing. Percubaan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan potensi hasil pengeluaran cendawan jenis ini. Seterusnya, maklumat yang diperolehi ini akan disebarkan kepada golongan sasar yang berminat untuk menceburkan diri dalam tanaman cendawan ini. Penanam telah dibuat pada awal bulan Mei 2016 sehingga kini.

Cendawan Volvariella lebih dikenali sebagai cendawan jerami sebelum ini. Ianya adalah kerana jerami padi digunakan sebagai media penanaman cendawan tersebut. Dengan adanya teknologi baharu, kini Cendawan Volvariella boleh ditanam dengan cara yang mudah, iaitu semudah 3T (Tanam, Tunggu, Tuai). Dahulunya ianya ditanam menggunakan jerami padi sebagai media tanaman, kini ianya lebih mudah dengan menggunakan tandan sawit yang hanya perlu diperap sebelus ianya disusun untuk dijadikan batas penanaman. Berbanding dengan menggunakan media jerami padi yang rumit dan melibatkan beberapa langkah yang rumit dan mengambil masa yang lebih lama sebelum siap sedia untuk ditanam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *