KULAI, 19 Julai – Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Sambutan Hari Raya pada 19 Julai 2016 bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Perkarangan Pejabat Pertanian Kulai. Program ini membolehkan pelanggan mengajukan sebarang pertanyaan, aduan dan cadangan berkaitan dengan aspek penyiasatan, bantuan yang boleh dipohon. Pelanggan telah diberi layanan yang sebaik-baiknya oleh kakitangan dalam menjawab sebarang kemusykilan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Antara jemputan bagi sambutan Hari Raya Adalah terdiri daripada kakitangan Jabatan Kerajaan Daerah Kulai. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Daerah Kulai, Encik Md Za’nal Bin Misran.
