AYER HITAM, 21 SeptemberΒ – Seramai 24 usahawan dan bakal usahawan telah mengikuti dengan jayanya Kursus Asas Pembuatan Kek anjuran Pusat Pertanian Ayer Hitam. Kursus yang dijalankan selama dua hari bermula hari ini telah disampaikan oleh Puan Hajah Zalipah binti Adman, Penolong Pegawai Pertanian. Melalui kursus asas ini, peserta telah diberikan pendedahan dan ilmu pembuatan kek serta penyediaan kek yang betul. Antara kek yang dipelajari dalam kursus ini ialah seperti Choclate Moist, Lapis Pandan, Icing, Blue Berry dan juga Tiramisu. Diakhir kursus perserta telah mendapat sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh Encik Samad bin Md Yusof, Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *