PONTIAN, 2 November – Pejabat Pertanian Rembau Negeri Sembilan telah mengadakan 1 program lawatan sambil belajar ke Negeri Johor selama 3 hari iaitu pada 1- 3 November 2016. Seramai 45 peserta telah menyertai program ini dan telah diiringi oleh Unit Biosekuriti Ayer Hitam. Pada 2 November 2016, para peserta berkunjung ke Daerah Pontian dan kehadiran mereka disambut dengan baik oleh wakil daripada Pejabat Pertanian daerah Pontian iaitu Tn. Hj. Yaacob bin Mokhtar, Penolong Pegawai Pertanian G29, Pn. Norsiah binti Misman Penolong Pegawai Pertanian G29 serta Agen Pengembangan Kawasan En. Khalid bin Khairuddin, Pn. Siti Khamisah binti Ahmad dan En. Rohim bin Sapari.
Untuk sesi lawatan yang pertama mereka berkunjung ke ladang FIMA. En. Mohd Rashidi bin Mohd Yazid, Pengurus ladang tersebut telah memberikan serba sedikit penerangan berkaitan teknologi dan kaedah ringkas tentang penanaman dan industri Nanas di Malaysia. Ramai peserta yang berminat dengan kemampuan di dalam pengendalian ladang tersebut dan banyak ilmu yang diperolehi oleh para peserta lawatan berkaitan pasaran. Kaedah penjagaan serta langkah bagim menangani permasalan tanaman nanas.
Seterusnya, selepas selesai makan tengahari dan solat, mereka dibawa ke projek Industri Asas Tani yang terletak dihujung benua Asia. Ann Nur Food Industri syarikat pengeluar lekor chip dan Keropok Lekor sejuk beku yang tidak asing di Malaysia. Semasa sesi lawatan para peserta dapat mendengar perkongsian kejayaan beliau di dalam dunia Industri sehingga mengorak langkah ke pasaran luar Negara iaitu ke singapura, dubai dan Australia.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PETANI DI BAWAH BIMBINGAN JABATAN PERTANIAN NEGERI SEMBILAN KE PROJEK TANI DAN IKS DI DAERAH PONTIAN
![]()





