SEGAMAT, 31 JanuariĀ – Satu program Pasca Banjir Segamat telah dijalankan bertujuan memberi bantuan kepada mangsa banjir. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersihkan kawasan rumah dan sekitar kawasan yang terlibat . Pelbangai agensi terlibat semasa program ini berlangsung. Antaranya UMNO Sekijang, Polis Diraja Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kampung JKKK dan Jabatan Pertanian. Program ini berlangsung seawal jam 9.00 pagi dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ayub Bin Rahmat.







