Majlis perasmian bengkel otak-otak Ledang

Majlis perasmian bengkel otak-otak Ledang

Majlis perasmian bengkel otak-otak Ledang

TANGKAK, 5 Mac – Bertempat di Parit Sialang, Mukim Kundang, Tangkak telah berlangsungnya Majlis Perasmian Bengkel Otak-otak Ledang milik Syarikat Norlin Frozen Food. Bengkel otak-otak adalah bantuan daripada projek pembagunan Industri Asas Tani Tahun 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor. Program telah dirasmikan oleh YB Ir Dr Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli serta merangkap Ahli Parlimen Ledang. Turut dihadiri juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Serom, YB Abd Razak bin Minhat serta turut hadir sama ketua-ketua Jabatan dan Agensi. Projek otak-otak milik Puan Norliza binti Hamam telah mula beroperasi sejak tahun 2011 dan kini perusahaannya makin mendapat tempat dan mula dikenali ramai. Selain otak-otak turut mengusahakan daging burger otak-otak dan popia otak-otak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares