TANGKAK, 7 Mac – Bertempat di Pusat Pertanian Tangkak telah diadakan Hand’s on untuk pegawai-pegawai Pejabat Pertanian Daerah Tangkak iaitui Pengenalan Siri Tanah dan Hormon Penggalak Buah Durian. Hand’s on tersebut telah dikendalikan oleh Encik Mohd Razak bin Abd Aziz, Penolong Pegawai Pertanian, Unit Pengurusan & Pemulihan Sumber Tanah Ayer Hitam. Ia bertujuan memberi pendedahan dan tunjuk ajar secara praktikal kepada pegawai-pegawai. Dalam pada itu, turut diberi taklimat dan tunjuk ajar di lapangan oleh Unit Pengurusan & Pemulihan Sumber Tanah Ayer Hitam. Program ini dapat menambahkan pengetahuan terutamanya bagi Agen Pengembangan Kawasan lantikan baru.


