JOHOR BAHRU, 22 Mac – Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah menerima rombongan lawatan daripada petani daerah Bentong, Pahang. Program lawatan petani ini diiringgi oleh 2 orang pegawai dan 28 orang petani daerah Bentong ke Pejabat Pertanian Johor Bahru untuk melihat beberapa perusahaan yang berjaya. Antara projek usahawan Industri Asas Tani yang berjaya di daerah Johor Bahru ialah Perusahaan Tahu Sumedang. Dengan lawatan ke projek usahawan tahu sumedang ini petani dan pegawai dapat mempelajari teknik menghasilkan tahu sumedang dan seterusnya menjadi idea dan pengetahuan berharga buat setiap peserta lawatan.



