JOHOR BAHRU, 26 Mac – Seramai 18 peserta Kursus Sejuk Beku anjuran Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah mengikuti dengan jayanya kursus ini. Kursus membuat produk sejuk beku yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru ini telah dihadiri oleh usahawan yang baru menceburkan diri di dalam bidang perusahaan pembuatan makanan. Kursus ini meibatkan seramai 18 orang yang bakal menjadi usahawan sejuk beku di daerah Johor Bahru ini. Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru sentiasa akan memberikan pendedahan serta teknik terkini dalam perusahaan makanan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Dengan adanya kursus ini para usahawan dapat mempelajari kaedah yang betul dalam pembuatan produk seju beku dimana dapat menambahkan pendapatan usahawan dan membantu mengembangkan perniagaan mereka dalam peringkat yang lebih tinggi.





