PONTIAN, 1 April – YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan telah mengadakan lawatan ke Muzium Nanas, Pontian. Kedatangan Yang Berhormat di sambut oleh Tuan Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Pegawai Daerah Pontian, Puan Norhaniza binti Hashim, Pegawai Pertanian Nusajaya, Puan Nur Aizat binti Abdul Razak, Pegawai Pertanian Daerah Pontian serta beberapa kakitangan daripada Pejabat Pertanian Daerah Pontian.
Taklimat ringkas berkaitan Muzium Nanas telah disampaikan oleh Encik Sajani bin Sukarman, Penolong Pegawai Pertanian selaku Penyelia Muzium Nanas. Para pelawat juga dibawa ke tapak tanaman nanas serta dapat mencuba sendiri menghasilkan benang dari daun nanas secara manual dengan meraut daun nanas. Sebelum bersurai Pejabat Pertanian Daerah Pontian menyedikan sedikit jamuan ringan minum petang tidak dilupakan beberapa hidangan produk berasakan nanas.
