Lawatan Pegawai Pertanian Daerah ke Mukim Kundang

Lawatan Pegawai Pertanian Daerah ke Mukim Kundang

Lawatan Pegawai Pertanian Daerah ke Mukim Kundang

TANGKAK, 3 April – Satu program lawatan oleh Pegawai Pertanian Daerah Tangkak, Encik Mohd Hafizh bin Hussain ke kawasan di bawah Mukim Kundang telah diadakan dengan jayanya. Lawatan ini bertujuan untuk memantau projek yang berpotensi dan sedang dilaksankan di kawasan tersebut. Turut bersama dalam program ini Encik Mohd Fauzi bin Rashid, Penolong Pegawai Pertanian Daerah serta Puan Nurul Ashikin binti Jafar Sidik, Penolong Pegawai Pertanian Unit IAT/PGU daerah Tangkak dan Agen Pengembangan Kawasan Mukim Kundang (APK) Encik Rozaidi. Turut dibawa melawat projek berkelompok PB Sawah Telok Rimba dan Kesang Tasek. Dalam pada itu, turut melawat plot tanaman padi yang dijadikan sebagai tempat rujukan dan demostrasi kepada pelancong. PB sawah Telok Riba turut dijadikan sebagai lokasi agro-pelancongan. Bagi projek IAT telah di bawa ke pemprosesan otak-otak Ledang (Norlin Frozen Food) di Parit Sialang, Telok Rimba dan pemprosesan berasaskan surimi (fishball & fishcake).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares