AYER HITAM, 30 Mac – Seramai 51 orang peserta Kursus Kemahiran Pertanian telah berjaya menamatkan kursus selama 2 bulan di Pusat Pertanian Ayer Hitam dengan jayanya. Peserta yang terdiri daripada belia dan beliawanis Negeri Johor ini telah memulakan kursus pada 30 Januari 2017 hingga 30 Mac 2017. Antara jenis kursus yang dijalankan iaitu Kursus Pengurusan Tanaman Sayuran, Kursus Pengurusan Tanaman Buah Buahan dan Kursus Industri Asas Tani. Majlis Penyampaian Sijil ini telah disempurnakan oleh Wakil Pengarah Pertanian Negeri Johor iaitu Encik Ramli bin Affindi, Timbalan Pengarah K/U Unit Biosekuriti Tumbuhan Negeri Johor. Dalam majlis tersebut juga telah mengumumkan Ahmad Syahir bin Abd Rahim telah terpilih sebagai peserta keseluruhan tebaik.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *