PONTIAN, 30 April – Program Pertanian Bandar pada hari ini telah menjelajah ke Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmood Iskandar 2 oleh Kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Program diketuai oleh Encik Asraff bin Abd. Mutalib, Penolong Pegawai Pertanian G29 dan dibantu oleh Puan Hafizah binti Khalil, Penolong Pegawai Pertanian Mukim Rimba Terjun dan Encik Nuh bin Ishak, Penolong Pegawai Pertanian Mukim Api-Api. Cikgu Rahim selaku guru besar sekolah telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Jabatan. Turut serta dalam program ini adalah seramai 3 orang guru dan 15 orang murid. Pihak Pejabat Pertanian Daerah Pontian menyerahkan 20 unit Nutri Pot dan 2 set NFT kepada sekolah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *