PASIR GUDANG, 13 Februari – Program Pertanian Bandar merupakan inisiatif Jabatan Pertanian dalam mendidik masyarakat untuk mengeluarkan makanan sendiri disamping dapat menjimatkan belanja dapur. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan warga sekolah. Pada kali ini, Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Unit Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Taman Pertanian Johor telah mengadakan satu pemasangan set NFT dan nutri pot di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang. Uniknya pada kali ini, pemasangan unit NFT dilakukan secara 2 dalam 1 dimana keseluruhan unit NFT telah diletakkan dalam takungan air yang menempatkan ikan didalamnya. Dalam masa yang sama, makanan sayuran dapat dihasilkan bersama-sama dengan ternakan ikan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru ditalian 072363578.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *