Hiasan tanaman makanan indahkan kawasan sekolah

Hiasan tanaman makanan indahkan kawasan sekolah

Hiasan tanaman makanan indahkan kawasan sekolah

JOHOR BAHRU, 9 Mac – Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Uda Utama sebagai tenaga pengajar hiasan tanaman makanan sempena Program Gotong Royong Keceriaan Sekolah. Hadir bagi memberi taklimat ialah Encik Muhammad Haidhar bin Yem, Agen Pengembangan Tanaman. Beliau bersama-sama guru dan murid-murid membangunkan semula dan menanam semula pokok cili dan sayuran menggunakan kaedah fertigasi dan NFT. Peserta telah didedahkan dengan teknik tanaman secara fertigasi bermula daripada penyediaan media tanaman sehingga ke penyediaan larutan baja. Diharapkan dengan adanya tanaman secara fertigasi ini dapat meningkatkan penglibatan orang awam dalam Pertanian Bandar disamping dapat menghias sekolah dalam keadaan bersih dan ceria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares