SEGAMAT, 14 Mac – Sekolah yang terletak dalam mukim Pogoh, Segamat ini mempunyai laman herbanya tersendiri. Antara tanaman herba yang diusahakan ialah kunyit, serai, rerama, pengaga dan lain-lain lagi. Selain boleh dijadikan makanan harian, laman herba ini juga menjadi lanskap yang indah dipersekitaran sekolah disamping menjadi ruang buat guru dan murid merasai suasana yang lain dari bilik darjah.

Bagi memastikan laman herba terus mengeluarkan hasil, lawatan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor melalui Pejabat Pertanian Daerah Segamat telah hadir bagi memastikan laman herba terus dimajukan. Lawatan yang diketuai oleh Encik Ab Halim bin Ab Wahab, Penolong Pegawai Pertanian Daerah memberikan semangat dan nasihat kepada guru untuk memajukan lagi laman herba. Dengan itu, pihak Pejabat Pertanian Daerah Segamat telah memberikan sebanyak 2 beg baja organik bagi menyokong usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *