KULAI, 8 April – Pemeriksaan audit luar bersama Jabatan Pertanian bagi permohonan pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) oleh syarikat Chon Yian Trading di Kg Rahmat telah dilaksanakan dengan dihadiri oleh Encik Mohd Hafizul Husin, Encik Mohd Faizal Mohd Adnan dan Cik Vajidah Sunoto. Syarikat yang mengusahakan tanaman jambu batu dan ciku di atas tanah milik persendirian seluas 8 hektar ini telah beroperasi sejak tahun 2012. Pemeriksaan audit luar ini merupakan satu prosedur sebelum pensijilan diberikan dengan memastikan semua piawai yang ditetapkan dipatuhi.

Pengiktirafan MyGAP oleh Jabatan Pertanian dapat memastikan petani menggunakan racun serangga perosak dan baja kimia secara terurus sekaligus dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan yang paling penting selamat untuk dimakan. Orang ramai digalakkan membeli sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai logo MyGAP bagi mengelakkan mereka daripada termakan sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi racun serangga dan baja berlebihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *