Kursus CPS Tanaman Kelapa dan Sengkuang

Kursus CPS Tanaman Kelapa dan Sengkuang

Kursus CPS Tanaman Kelapa dan Sengkuang

MERSING, 17 April – Telah diadakan Kursus Penyiasatan Tanaman (CPS) bagi Tanaman Kelapa yang bertempat di Pulau Tinggi dan Tanaman Sengkuang di Jemaluang, Mersing. Kursus anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor ini melibatkan semua Agen Pengembangan Tanaman (APT) bagi setiap daerah. Kursus ini diadakan bagi memberi peluang kepada APT setiap kawasan untuk menguasai teknik yang tepat bagi mengira dan membuat purata hasil pengeluaran bagi sesuatu komoditi. Secara tidak langsung, kursus ini juga melatih setiap APT untuk dipraktikan di kawasan masing-masing. Kursus telah disampaikan oleh Encik Lim Kian Chai dari Unit Perangkaan, Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pertanian Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares