PONTIAN, 16 Mei – Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Ayer Hitam telah menjalankan satu program pemantauan Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management – IPM) bertempat di tapak projek tanaman fertigasi cili milik Encik Muhamad Yusuf bin Ikram di Kg Parit Wer Telok Kerang, Pontian. Pemantauan ini dilakukan sebagai satu sistem menyepadukan maklumat perosak dan persekitaran bagi membentuk tindakan kawalan yang sesuai dari segi ekonomi, alam sekitar, dan sosial. Strategi kawalan dalam IPM berbentuk pencegahan untuk mencapai penyelesaian kawalan jangka panjang. Antara teknik kawalan Pengurusan Perosak Bersepadu terdiri daripada Kultura, Mekanikal dan Fizikal, Genetik, Kawalan Biologi, Kawalan Kelakuan Secara Kimia dan RMP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *