Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan

Pengenalan

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, produk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.

Perlaksanaan

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

Maklumat Tambahan

  • Pengambilan Peserta – Pengambilan peserta dibuat setahun sekali.
  • Tempoh Kursus – Jangkamasa kursus ialah selama empat (4) bulan secara sepenuh masa.
  • Kemudahan – Makan minum dan tempat tinggal disediakan sepanjang tempoh kursus

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 20-40 tahun
  3. Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV
  4. Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus
  5. Sihat tubuh badan dan tidak hamil
  6. Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

Tempat-Tempat Latihan

PUSAT BIMBINGAN USAHAWANPENGKHUSUSAN
PBU Manong, PerakBakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa)
(Contoh : Kerisek, santan, dodol, serikaya, biskut kelapa, pes rendang dan candy kelapa)
PBU Teluk Chengai, KedahSejuk Beku
(Contoh : Karipap, pizza, pai, roti canai, donut, kasturi dan roti boom)
PBU Ajil, Terengganu  Bakeri
(Contoh : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)
PBU Pagoh, JohorBakeri & Sejuk Beku (Asas Buah)
(Contoh : Jem buah-buahan, kordial, puree, ban, kek buah, buah bersalut dll) Bakeri
(Contoh : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)
PBU Melor, KelantanSnek dan Makanan Ringan
(Contoh : Pelbagai kerepek dan kuih tradisional seperti maruku, rempeyek, buah rotan, denderam dll)

Maklumat Lanjut

Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Lot 4G2, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4, 62624 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8870 3554/ 3539