
Latar Belakang
Pusat Pertanian Ayer Hitam terletak di Ayer Hitam, Kluang, Johor dimana ianya ditubuhkan pada tahun 1930, merupakan sebuah pusat agropelancongan dan latihan kemahiran setempat dibawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Kawasan seluas 81.74 hektar (201.97 ekar) ini berkedudukan jarak 1.5 km dari pekan Ayer Hitam telah dirasmikan pada tahun 14 Disember 1970 oleh YAB Dato’ Haji Othman bin Haji Mohd Saad selaku Menteri Besar Johor pada ketika itu. Antara fasiliti yang terdapat di Pusat Pertanian Ayer Hitam adalah seperti :-
- Pejabat Pentadbiran
- Dewan Besar
- Surau
- Bilik Kuliah
- Asrama Lelaki
- Asrama Perempuan
- Dewan Makan
- Bilik IAT 1
- Bilik IAT 2
- Padang
Pusat Pertanian Ayer Hitam berfungsi melaksanakan menjalankan latihan dan kemahiran pertanian kepada belia dan usahawan. Membuat pengeluaran anak benih tanaman, buahan dan bunga-bungaan. Menguruskan ladang komersil. Serta Agrotourism.
Antara tanaman yang menjadi penarik perhatian di Pusat Pertanian Ayer Hitam adalah tanaman buah-buahan dan sayuran tempatan diantaranya adalah :-
- Durian
- Kelapa Mataq
- Kelapa SGG
- Limau Kasturi
- Cempedak
- Limau Nipis
- Nangka
- Manggis
- Rambutan
- Matua
- Mata Kucing
- Buluh Madu
- Limau Purut
- Sukun
- Pulasan
- Durian Belanda
- Jambu Air
- Sayuran Organik

Pusat Pertanian Ayer Hitam juga ada menawarkan kursus secara PERCUMA bagi meningkat kemahiran dan ilmu pengetahuan berkaitan pertanian dan industri asas tani yang ditumpukan untuk para belia / beliawanis (lepasan SPM) serta kursus untuk pelanggan jabatan terdiri dari petani / pengusaha / usahawan dan agensi.
KURSUS USAHAWAN TANI / USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI (Petani / Usahawan Tani / Usahawan Industri Asas Tani – Orang Awam)
Syarat-syarat Permohonan Kursus
-
Warganegara Malaysia (Terbuka kepada rakyat negeri Johor sahaja, permastautin yang sudah 3 tahun)
-
Umur 18-60 Tahun (Sihat Tubuh Badan)
-
Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT akan DI TOLAK.
-
Pemohon yang berjaya WAJIB HADIR dan sekiranya GAGAL HADIR, nama akan disenarai hitam selama 1 tahun (semasa).
-
Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi melalui surat / email / panggilan telefon / whatsapp.
-
Permohonan hanya sah untuk tahun semasa sahaja.

