𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
.
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐈𝐓𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
.
Dalam usaha memperkukuh pembangunan industri pitaya di daerah Kluang, 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 melalui 𝐀𝐠𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐋𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠-𝐋𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 telah mengadakan lawatan pembangunan ke kebun pitaya milik 𝐂𝐡𝐨𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐲 𝐖𝐚𝐡 yang berkeluasan 8 𝙚𝒌𝙖𝒓 di 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐋𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠-𝐋𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠.
.
Lawatan ini turut disertai oleh 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 bagi meninjau perkembangan tanaman dalam aspek amalan pertanian yang baik (GAP), pengurusan nutrien, kawalan perosak dan penyakit serta pengurusan kebun yang lebih sistematik.
.
Program seperti ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara jabatan dan pengusaha, di samping memastikan pemindahan teknologi serta bimbingan teknikal dapat dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan produktiviti, kualiti hasil dan daya saing industri pitaya.
.
“𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝗽𝗶𝘁𝗮𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗺𝗯𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗶𝗸𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻, 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.”
.
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
.







![]()
