🥥✨ 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 ✨🥥

🔥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐚𝐩 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐋𝐚𝐠𝐢! 🔥

🎉 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐊𝐀𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐊𝐀𝐏 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔 ⚜️

📅 12 – 14 Jun 2026

📍 Taman Pertanian Johor

🏕️ Anjuran: Persekutuan Pengakap Daerah Pasir Gudang

Alhamdulillah, Program Ujian Sikap Pengakap Raja Daerah Pasir Gudang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang program berlangsung, para calon telah diuji dari aspek kepimpinan, disiplin, ketahanan diri, semangat berpasukan serta penghayatan nilai-nilai kepengakapan bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.

🎖️ Tahniah diucapkan kepada 8 orang calon Pengakap Raja yang berjaya melepasi ujian ini dan layak meneruskan cabaran ke Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor yang akan berlangsung pada 26 – 28 Jun 2026. Semoga semua calon terus bersemangat, berusaha dengan penuh dedikasi dan berjaya memperoleh Anugerah Pengakap Raja, iaitu pengiktirafan tertinggi dalam Pergerakan Pengakap Malaysia. Terima kasih kepada semua urus setia, pemimpin pengakap, jurulatih dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor serta semua pihak yang sentiasa menyokong pembangunan sahsiah dan kepimpinan belia.

✨ “Warisan Kepimpinan Melalui Berpengakap” ✨

✨ Selalu Sedia ✨

#PengakapRaja2026#PengakapDaerahPasirGudang#SelaluSedia#PengakapJohor#PentarafanPengakapRaja#PersekutuanPengakapMalaysia#TamanPertanianJohor#PasirGudangBerbakti⚜️

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

MEDIA DIGITAL JOHOR

Zahari Sarip.

Jabatan Pertanian Malaysia

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *