SEGAMAT, 11 Jun 2026 – Urusan persaraan Encik Sirat bin Masiran, Pembantu Khidmat Am Gred H1 yang bertugas di Pejabat Pertanian Daerah Segamat akan bersara wajib mulai 25 Ogos 2026 pada usia 60 tahun.
Tanam lenggun tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpahat di dalam hati.
Amat ketara pucuk siantan,
Rasa segar tepian titi,
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T. Selamat Menikmat Alam Persaraan.





