KOTA ISKANDAR, 5 Jun 2026 – 𝐒𝐄𝐒𝐈 ’𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊-𝐎𝐔𝐓’ 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐒𝐇𝐈𝐌
Telah dilaksanakan sesi ‘clock-out’ terakhir bagi Puan Hanita binti Hashim, Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 yang bertugas di Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor. Beliau akan bersara wajib mulai 10 Jun 2026.
Hadir bersama Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi); Puan Azlina binti Ahmad Tarmizi, Ketua Bahagian Perancangan Strategik; dan Puan Hajah Roswati binti Shalan, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan serta warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Puan Hanita di sesi ‘clock-out’ ini.
Sedikit sebanyak berkenaan perkhidmatan beliau, Puan Hanita atau lebih dikenali sebagai Kak Ita telah dilantik sebagai Pembantu Pertanian Gred G8 pada 1 Julai 2002. Beliau telah menabur bakti selama 24 tahun dalam perkhidmatan awam dan juga di Jabatan Pertanian Negeri Johor dengan penuh berkaliber serta berwawasan dalam melaksanakan tugas.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Kak Ita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T.








