KOTA ISKANDAR | 12 Jun 2026 – Majlis Taklimat Panduan Ringkas Pengiraan Zakat Pendapatan kepada warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor oleh Bahagian Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ). Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustaz Zikry bin Ziman dengan dibantu oleh 3 orang pegawai bagi membantu pengiraan zakat yang wajib dijelaskan oleh mereka yang telah memenuhi syarat untuk membayar zakat.

Pelbagai persoalan telah dikemukakan oleh pegawai yang hadir bagi mendapatkan penjelasan yang lebih tepat berhubung kewajiban membayar zakat khususnya kepada mereka yang bekerja di sektor perkhidmatan awam. SUCIKAN HARTA DENGAN BERZAKAT, sebagaimana Firman Allah SWT dalam Al-Quran, “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui”. (Qs. at-Taubah : 103).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *