𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆

.

.

.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐀𝐍 & 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍

.

Pejabat Pertanian Daerah Kluang telah mengadakan lawatan pemantauan dan khidmat nasihat pengembangan pertanian ke ladang tanaman pitaya milik 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐋𝐚𝐲 𝐂𝐡𝐞𝐞 𝐊𝐨𝐧𝐠 yang terletak di 𝐄𝐬𝐭𝐞𝐭 𝐔𝐧𝐢𝐣𝐚𝐲𝐚, 𝐒𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠.

.

Lawatan ini disertai oleh Agen Pengembangan Tanaman Kawasan Kluang 1, Ketua Bahagian Operasi, Desk Officer Bahagian Strategik serta Desk Officer Bahagian Penilaian dan Pengesanan bagi meninjau perkembangan 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐭𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐚𝐬 𝟏𝟏 𝐞𝐤𝐚𝐫, di samping memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan amalan pertanian yang baik serta pengurusan ladang yang lebih sistematik dan berkesan.

.

Melalui sesi pemantauan ini, pegawai turut berkongsi panduan bagi meningkatkan produktiviti tanaman, kualiti hasil serta memastikan pengusaha sentiasa mengamalkan kaedah pengurusan ladang yang mampan dan berdaya saing.

.

Pejabat Pertanian Daerah Kluang sentiasa komited dalam melaksanakan aktiviti pengembangan, pemantauan dan penilaian projek pertanian bagi membantu meningkatkan kecekapan pengurusan ladang serta memperkukuhkan industri agromakanan di daerah Kluang.

.

.

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Bahagian Pengembangan Pertanian

Pertanian Bandar Doa

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#PENGEMBANGANPERTANIAN

#agroJohor

#petanimaju

#PertanianMaju

#khidmatnasihat

#petaniberjaya

#agroteknologi

#pitaya

#buahnagaputih

#KluangAgro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *