𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
.
.
.
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀𝐆𝐍𝐎𝐒𝐓𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐍 𝐅𝐄𝐑𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒𝐈𝐓𝐈𝐅
.
Agen Pengembangan Tanaman Mukim Layang-Layang telah menjalankan lawatan susulan diagnostik ke projek tanaman timun fertigasi milik 𝐄𝐧. 𝐘𝐚𝐳𝐢𝐝 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐮𝐥𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧 di 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐍𝐲𝐚𝐦𝐨𝐤, 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 yang melibatkan sebanyak 𝟏,𝟎𝟎𝟎 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐛𝐞𝐠 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧.
.
Lawatan susulan ini dilaksanakan bagi memantau keberkesanan tindakan pembetulan yang telah disyorkan semasa lawatan diagnostik terdahulu berhubung isu 𝐩𝐇 𝐦𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 yang berpotensi menjejaskan pertumbuhan dan prestasi tanaman.
.
Hasil pemeriksaan mendapati bacaan pH media tanaman kini berada pada 𝐩𝐮𝐫𝐚𝐭𝐚 𝟓.𝟒, manakala pertumbuhan pokok timun menunjukkan perkembangan yang lebih baik, sihat dan seragam.
.
Keadaan ini menunjukkan bahawa langkah pengurusan yang dilaksanakan oleh pengusaha telah memberi kesan positif terhadap pertumbuhan tanaman.
.
Lawatan susulan ini akan memastikan khidmat nasihat teknikal yang diberikan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak positif kepada petani bagi menjadi seorang petani yang mampan.
.
Rujukan lawatan diagnostik terdahulu:
https://www.facebook.com/share/p/1AGvHdoC1q
.
.
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Johor
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan













