𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆.
.
.
.
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐒𝐏𝐄𝐒𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐈𝐀𝐓
.
Pegawai daripada Jabatan Pertanian telah mengadakan lawatan khidmat nasihat berkaitan spesifikasi reka bentuk bagi pembinaan bengkel baharu serta cadangan menaik taraf bengkel sedia ada untuk Projek Industri Asas Tani (IAT) bersama usahawan tempatan.
.
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧:
.
Pegawai Teknologi Makanan, Ayer Hitam
Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Ayer Hitam
Ketua Bahagian Pembangunan, Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Ketua Bahagian Operasi, Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Agen Pengembangan Industri Asas Tani, Pejabat Pertanian Daerah Kluang
.
Lawatan telah dijalankan ke premis 𝐊𝐘𝐀𝐓𝐓 𝐁𝐀𝐊𝐄𝐑𝐘, sebuah perusahaan pengeluaran pizza yang beroperasi di 𝐅𝐞𝐥𝐝𝐚 𝐀𝐢𝐫 𝐇𝐢𝐭𝐚𝐦, 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠.
.
Tujuan lawatan adalah untuk memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan susun atur dan spesifikasi pembinaan bengkel pemprosesan makanan yang menepati keperluan operasi, aspek kebersihan, keselamatan makanan serta pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan.
.
Cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi membantu meningkatkan kecekapan proses pengeluaran dan memperkukuhkan daya saing perusahaan.
.
.
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan








