𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Pengarah Pertanian Negeri Johor , Tn. Hj. Yosri bin Mohd bersama pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor yang disambut penuh takzim oleh YB. Dato’ Mohammed Ridha Bin Dato’ Abd. Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor.
Kunjung hormat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Johor, di samping membincangkan hala tuju pembangunan sektor pertanian negeri. Pertemuan ini turut menjadi platform untuk berkongsi inisiatif, pencapaian serta perancangan jabatan dalam memperkukuh agenda pertanian moden dan meningkatkan kesejahteraan komuniti agro makanan selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Johor.
Turut hadir sama dari pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Johor adalah En. Mohd. Suffian Aizudin bin Mohd Saleh (Timbalan Pengarah Pertanian Operasi).
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor





