𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆.

.

.

.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐀𝐒𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐦𝐲𝐆𝐀𝐏 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆-𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆

.

Bahagian Pembangunan Sumber Tanah, Ayer Hitam bersama Agen Pengembangan Tanaman Mukim Renggam telah melaksanakan lawatan siasatan audit luar bagi tujuan pensijilan baharu myGAP Tahun 2026 ke kebun milik 𝐄𝐧. 𝐍𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐰𝐞 𝐋𝐀𝐧 di 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐋𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠-𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠 yang mengusahakan 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧.

.

Lawatan audit ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan pengusaha terhadap amalan 𝐆𝐨𝐨𝐝 𝐀𝐠𝐫𝐢𝐜𝐮𝐮𝐥𝐭𝐮𝐫𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐜𝐞𝐬 (𝐆𝐀𝐏) yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia merangkumi aspek pengurusan ladang, keselamatan makanan, kebersihan kawasan tanaman serta rekod pengurusan kebun.

.

Pelaksanaan audit seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Pertanian dalam memperkukuh pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti, selamat dimakan serta memenuhi standard pensijilan yang diiktiraf.

.

Komitmen dan kerjasama pengusaha dalam melaksanakan amalan pertanian baik diyakini mampu meningkatkan daya saing industri agromakanan tempatan ke arah pertanian moden, mampan dan berdaya.

.

.

#JabatanPertanian

#MyGAP

#PertanianMalaysia

#KhidmatPengembangan

#MukimRenggam

#PertanianLestari

#PertanianModen

#myDOA

#doajohor

#jabatanpertanianmalaysia

#JabatanPertanianNegeriJohor

#PejabatPertanianDaerahKluang

#KementerianPertaniandanKeterjaminanMakanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *