𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆.

.

.

.

𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗜𝗞, 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗥

.

Ramai yang ingin bercucuk tanam tetapi kurang mengetahui bahawa rahsia utama tanaman sihat sebenarnya bermula daripada campuran tanah yang betul. Medium tanaman yang berkualiti mampu membantu akar berkembang dengan baik, mengekalkan kelembapan serta membekalkan nutrien yang mencukupi kepada pokok.

.

𝐂𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐠𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫:

.

✅ 3 bahagian tanah hitam

🥥 2 bahagian cocopeat

🍂 1 bahagian kompos atau baja organik

.

Gabungan ini membantu menghasilkan medium tanaman yang lebih ringan, subur dan mempunyai saliran air yang baik bagi mengelakkan masalah akar reput serta pertumbuhan terbantut.

.

Bagi tanaman seperti cili dan tomato, penambahan sekam bakar juga dapat membantu meningkatkan pengudaraan dan saliran medium tanaman.

.

Pengurusan medium tanaman yang baik bukan sahaja membantu meningkatkan pertumbuhan pokok, malah mampu menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti dan produktif.

.

“𝑇𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑠𝑢𝑏𝑢𝑟, 𝑡𝑎𝑛𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑚𝑢𝑟.”

.

.

Jabatan Pertanian Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#PertanianModen

#tanamansuburpetanimakmur

#campurantanah

#AgroMalaysia

#pertanianbandar

#infopertanian

#petanimaju

#PertanianLestari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *