𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆.
.
.
.
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐌𝐲𝐆𝐀𝐏 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐋𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠-𝐋𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠
.
Bahagian Pembangunan Sumber Tanah, Ayer Hitam bersama Agen Pengembangan Tanaman Mukim Layang-Layang telah mengadakan lawatan tapak ke kebun milik 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐢𝐦 𝐄𝐜𝐨 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐢𝐧𝐠 bagi tujuan 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 serta 𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 ke arah 𝐩𝐞𝐧𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐲𝐆𝐀𝐏.
.
Lawatan ini bertujuan memastikan amalan pertanian yang dilaksanakan menepati 𝐬𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐝 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐢𝐤 (𝐆𝐨𝐨𝐝 𝐀𝐠𝐫𝐢𝐜𝐮𝐥𝐭𝐮𝐫𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐜𝐞𝐬) yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, di samping membantu pengusaha meningkatkan 𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 hasil, 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 makanan dan 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 secara lebih sistematik serta mampan.
.
Melalui lawatan seperti ini, khidmat pengembangan pertanian dapat diperkasakan menerusi bimbingan teknikal dan pemantauan berterusan agar pengusaha tempatan lebih berdaya saing serta mampu menghasilkan produk pertanian yang berkualiti tinggi untuk pasaran.
.
Usaha berterusan ini membuktikan komitmen Jabatan Pertanian dalam memperkasa sektor agromakanan negara melalui pengamalan pertanian moden, selamat dan lestari.
.
.
#KementerianPertaniandanKeterjaminanMakanan
















