𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌
KURSUS USAHAWAN TANI
Tarikh : 20 & 21 ( Rabu & Khamis)
Tajuk Kursus : Kursus Landskap Kejur ( Simenfero )
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Nurseri Bungaan
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 26 orang
Perasmi : En. Samat Bin Md Yusof ( Ketua Bahagian Pembangunan)
Tenaga Pengajar : Muhammad Najib Bin Norhalim (Ketua Seksyen Senitaman dan Landskap)
Kursus ini dijalankan selama dua hari dimana pada hari pertama disebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori lengkap berkaitan landskap kejur dibawah teknologi simenfero.
Pada disebelah petang pula telah diadakan (hand’s on) berkaitan kursus. Antara produk simenfero yang telah dibuat adalah:
1) Kerusi Bulat
2) Kaki Meja
3) Meja Batu
Pada hari kedua, peserta menyambung menyiapkan produk simenfero.
Melalui cara ini, para peserta kursus akan dapat mendalami dan memahami lebih terperinci setiap silibus dibawah teknologi simenfero contohnya :
1) Pembinaan kerangka/acuan menggunakan dawai keluli.
2) Menyediakan bancuhan simen dan mortar yang betul.
3) Proses melepa dan menampal bancuhan pada kerangka.
4) Pembentukan, kemasan, dan mengecat.
5) Proses pengawetan (curing) untuk ketahanan maksimum.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor








































































