Pejabat Pertanian Daerah Mersing
LAWATAN PROJEK KOMUNITI KELULUT KG AIR MERAH
Pejabat Pertanian telah mengadakan lawatan pemantauan ke Projek Komuniti Kelulut Kg Air Merah.
Lawatan ini dilaksanakan bagi menilai perkembangan serta keberkesanan pengurusan koloni kelulut di kawasan tersebut.
Aktiviti yang dilaksanakan:
1. Kerja-kerja pemecahan koloni kelulut
2. Pemantauan susulan terhadap kerja pemecahan koloni yang telah dijalankan sebelum ini
Hasil pemerhatian mendapati bahawa proses pertukaran haif daripada koloni tidak aktif kepada koloni yang lebih produktif menunjukkan hasil yang positif dan memberangsangkan.
Pemantauan telah dilaksanakan oleh En. Muhamad Zaki bin Mohd Said.
Semoga projek ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada komuniti setempat ![]()
![]()






