𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆.
.
.
.
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐍𝐔𝐓𝐑𝐈𝐏𝐎𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
.
Pada 𝟏𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔, satu 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐕𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐍𝐮𝐭𝐫𝐢𝐩𝐨𝐭 telah berjaya dilaksanakan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kluang dengan penglibatan seramai 𝟒𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 dalam usaha memperkasa kemahiran serta memberi pendedahan kepada teknik pertanian moden yang lebih praktikal dan berpotensi menjana manfaat kepada peserta.
.
Program ini dikendalikan oleh pegawai Jabatan Pertanian iaitu 𝐏𝐧. 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐍𝐚𝐝𝐳𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐦𝐝𝐚𝐧 (𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧) dan 𝐄𝐧. 𝐍𝐮𝐡 𝐛𝐢𝐧 𝐈𝐬𝐡𝐚𝐤 (𝐀𝐏𝐓 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐑𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐦), yang turut berkongsi ilmu, pengalaman serta bimbingan teknikal berkaitan kaedah penanaman menggunakan sistem nutripot secara lebih sistematik, mudah dan efektif.
.
Sepanjang latihan berlangsung, peserta didedahkan dengan teknik penyediaan sistem nutripot, pengurusan nutrien, penjagaan tanaman serta kaedah pengendalian tanaman bagi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat, berkualiti dan produktif.
.
Program seperti ini bukan sahaja memberi nilai tambah dari aspek kemahiran vokasional, malah membuka peluang kepada peserta untuk menjadikan bidang pertanian sebagai medium pembangunan diri, sumber pendapatan dan langkah ke arah kehidupan yang lebih positif serta produktif.
.
Semoga jalinan kerjasama antara Jabatan Pertanian dan AADK Kluang akan terus diperkukuhkan dalam melahirkan masyarakat yang lebih berkemahiran, berdikari dan berdaya saing dalam sektor pertanian moden negara.
“𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒏𝒊𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒊 𝒊𝒍𝒎𝒖, 𝒌𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒆𝒑𝒂𝒏.” ![]()
.
.




