Pejabat Pertanian Daerah Mersing
PROGRAM PENGEMASKINIAN DAN PELUPUSAN FAIL
18 Mei 2026 (Isnin)
Pusat Pertanian Tenglu
Telah berlangsung Program Pengemaskinian dan Pelupusan Fail bagi Pejabat Pertanian Daerah Mersing yang melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan pejabat, serta wakil daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor dan pejabat pertanian daerah lain.
Program ini dilaksanakan bagi mengenal pasti, mengasingkan serta menyenaraikan fail aktif dan fail tidak aktif atau usang sebagai persediaan permohonan pelupusan fail kepada Arkib Negara Malaysia.
Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu memperkemas pengurusan rekod dan sistem pemfailan jabatan agar lebih tersusun, sistematik dan efisien selaras dengan amalan pengurusan dokumentasi yang lebih berkualiti dan teratur.











