Pejabat Pertanian Daerah Mersing
LAWATAN PENGEMBANGAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH MERSING KE PULAU AUR ![]()
13 – 15 Mei 2026
Pejabat Pertanian Daerah Mersing telah mengadakan lawatan kerja serta program pengembangan pertanian di Pulau Aur selama tiga hari bagi mendekati komuniti setempat serta memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan pertanian kepada penduduk pulau.
Hari Pertama | 13 Mei 2026
SK Pulau Aur
Lawatan pengembangan serta pengagihan benih kelapa pandan dan baja organik untuk ditanam di kawasan sekolah sebagai usaha menggalakkan aktiviti pertanian dan landskap hijau di persekitaran sekolah.
Balairaya Kampung Pulau Aur
Persiapan tempat bagi program Hari Bertemu Pelanggan & Pameran Pertanian.
Kebun Durian Pulau Aur
Lawatan pengembangan dan khidmat nasihat pertanian kepada En. Baba bin Rahman dan En. Abd Hapaz bin Aziz berkaitan pengurusan kebun durian dan amalan pertanian yang baik.
Hari Kedua | 14 Mei 2026
Kursus Hasilan Kelapa
Kursus telah disampaikan oleh Pn. Nur Munirah binti Hassan dengan penghasilan produk seperti biskut kelapa, jeli kelapa dan konjac kelapa.
Program mendapat penglibatan aktif daripada penduduk Kampung Pulau Aur serta guru dan pelajar SK Pulau Aur.
Hari Ketiga | 15 Mei 2026
Hari Bertemu Pelanggan & Pameran Pertanian
Penyerahan benih kelapa pandan dan baja organik kepada penduduk yang hadir.
Kaunter khidmat nasihat pengembangan pertanian turut dibuka bagi membantu serta memberi panduan kepada pengunjung.
Pegawai yang terlibat:
• Pn. Zainorita binti Basiran
(Ketua Bahagian Pembangunan)
• Cik Rozimah binti Ramlee
(Unit Pengembangan)
• En. Mohamed Nor bin Mohd Othman
(Unit Pembangunan Industri Tanaman)
• En. Mohd Najib bin Buang
(APT Mukim Tenggaroh & Pulau-pulau)
• Pn. Hafawati binti Hamisan
(APT Mukim Mersing)
• En. Saiful Sharin bin Khamis
(APT Mukim Tenglu & Penyabong)
• En. Izzul Azfar bin Abu Bakar
(APT Mukim Endau & Teriang)
• Pn. Nur Munirah binti Hassan
(APIAT Daerah Mersing)
Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan antara jabatan dan komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran terhadap pembangunan sektor pertanian di kawasan pulau. ![]()
![]()















