𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐏𝐊𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐋𝐔𝐂𝐊𝐘 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐅𝐎𝐎𝐃
Y.B. Datuk Chan Foong Hin, Timabalan Menteri Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama delegasi telah melawat projek Lucky AgroFood bertempat di Yong Peng, Batu Pahat Johor.
Projek Lucky AgroFood merupakan usahawan tani yang mengusahakan tanaman melon (Sweet Ruby 1333) dan tanaman pisang (Berangan & Rastali). Usahawan ini menerima insentif berupa Sistem Pengairan IoT bagi tanaman melon bernilai RM 50,000.00 .
Projek Lucky AgroFood juga menghasilkan produk hasilan asas tani iaitu Kuih Bulan, Jus Limau, Biskut Kai Chai, Kimchi Kobis, Limau Kasturi Emas Pekat, Ban Telur Masin dan Kek Kahwin Inti Kacang. Semua produk yang tersebut telah mendapat perakuan Sijil Halal Tahun 2025 – 2027. Selain itu juga syarikat ini telah mendapat Sijil HACCP bermula tahun 2025. Jaban Pertanian Negeri Johor telah memberi insentif berupa Peralatan Industri Asas Tani bernilai
RM100,000.00 iaitu Multipurpose Automatic
Encrusting & Moulding Machine (model :
mbe-1520m) pada tahun 2024.
Turut hadir sama En Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan), Pn Mufiddah Binti Mohamad (Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat), En Mohamad Faizal Bin Saidi (Pegawai Pertanian Daerah Muar) serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan


















