KOTA ISKANDAR, 15 Mei 2026 – SESI ‘CLOCK-OUT’ ENCIK MOHAMED AMIRSYAHIR BIN MOHAMED ZAIN DI JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR
Sesi ‘clock-out’ Encik Mohamed Amirsyahir bin Mohamed Zain, Pemandu Kenderaan Gred H11 (KUP) di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor yang akan bertukar ke Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor mulai 18 Mei 2026.
Hadir bersama warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Encik Mohamed Amirsyahir di sesi ‘clock-out’ ini.
Serba sedikit mengenai perkhidmatan beliau. Dilantik sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 mulai 1 Februari 2021 dan ditempatkan di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Sepanjang berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor selama 5 tahun 3 bulan, beliau telah menabur bakti dengan penuh berkaliber dan berdedikasi dengan tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan tugas.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Encik Mohamed Amirsyahir sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T. Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, kekhilafan dan kesilapan dari kami warga Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Nona manis nama timangan,
Kecil molek senyuman menawan,
Jasa baktimu sentiasa dikenang,
Budi baikmu kekal diingatan.
Bunga dedap di atas para,
Anak di susun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf di pinta.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.
Santap sarapan di atas meja,
Santapan bersama dengan sahabat,
Bertahun kita bersama kerja,
Hari ini berpisah tempat.
Selamat maju jaya diucapkan. Teruskan kecemerlangan.
** Terasa sedih pulak min
Dah tak ada kecoh-kecoh dan gelak tawa dalam Bahagian Khidmat Pengurusan. Sesungguhnya setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.










