Penutupan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian

ISKANDAR PUTERI — Pengauditan Dalam ke atas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan Pertanian Negeri Johor dan PLPP Wilayah Selatan secara rasminya melabuhkan tirai hari ini, selepas berlangsung selama empat hari bermula 11 Mei lalu.

Mesyuarat Penutupan tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor. Turut serta ialah Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Dalam majlis berkenaan, pihak pengurusan tertinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Juruaudit yang diketuai oleh Puan Maiza binti Che Aziz, Ketua Penolong Pengarah BBT Kelantan. Penghargaan juga kepada barisan ahli kumpulan audit yang terdiri daripada:

• Puan Mustakizah binti Mansor (BPIT Negeri Sembilan)

• Encik George Karung Anak Barat (BPS Putrajaya)

• Puan Aizam Salmi binti Abu Bahar (BPM Kuala Lumpur)

• Encik Adam bin Supu (BKRBP Putrajaya)

• Encik Mohd Idhar Affendi bin Mohd Adnan (BPP Putrajaya)

• Puan Nur’Aqibah binti Ismail (BPIT Melaka)

Pihak Jabatan turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua Pegawai Pertanian Daerah serta Pengarah PLPP Wilayah Selatan atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang telah diberikan sepanjang sesi pengauditan berlangsung di setiap peringkat.

Pasukan audit telah berjaya menilai prestasi Perkhidmatan Pengembangan Jabatan Pertanian bagi peringkat Negeri dan Daerah sepanjang tahun 2025 serta suku tahun pertama 2026. Penilaian menyeluruh tersebut dibuat bagi memastikan setiap rantaian perkhidmatan memenuhi kehendak Prosedur dan Manual Kualiti MS ISO 9001:2015.

Tuan Haji Yosri bin Mohd menegaskan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Johor sentiasa bersedia menerima segala teguran sepanjang pengauditan dijalankan. Pihak Jabatan komited untuk mengambil tindakan pembetulan segera bagi menjamin aktiviti pengembangan pertanian yang dilaksanakan kekal berkualiti serta menepati kehendak golongan sasar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *