𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐏𝐊𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐔 𝐌𝐔 𝐅𝐀𝐑𝐌
Y.B. Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama delegasi telah melawat projek Mu Mu Farm bertempat di Simpang Renggam, Kluang Johor.
Projek Mu Mu Farm merupakan projek agropelancongan yang terdiri daripada tanaman Jangung Manis (2.8Ha) Durian (3.0Ha) dan kafe agropelancongan (3.4Ha). Projek ini telah menerima insentif daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor berupa Kabin MyGAP, Sangkar Racun Kitar Semula dan Input Pertanian berjumlah RM 30,000.00 .
Turut hadir sama Y.B. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang), En Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan), Pn Azlina Binti Md Dom (Pegawai Pertanian Daerah Kluang) serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan










