𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐏𝐊𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐘𝐋𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈𝐂𝐀 𝐂𝐎𝐅𝐅𝐄𝐄
Y.B. Datuk Chan Foong Hin, Timabalan Menteri Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama delegasi telah melawat projek MyLiberica Coffee bertempat di Kampung Melayu Bukit Nyamuk, Simpang Renggam, Kluang Johor.
MyLiberica Coffee merupakan antara usawahan tani penanam kopi jenis Liberica yang berada di Johor dengan keluasan 1.62Ha dan telah mengeluarkan 13,000 mt hasil pada tahun 2025. Usahawan ini telah menerima insentif daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor berupa input pertanian dan mekanisasi ladang pada tahun 2024 bernilai RM 15,000.00 .
Turut hadir sama Y.B. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang), En Mohd Hafiz Bin Ramly (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan), Pn Azlina Binti Md Dom (Pegawai Pertanian Daerah Kluang) serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan



















