𝟏𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐏𝐊𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Y.B. Datuk Chan Foong Hin, Timabalan Menteri Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama delegasi telah melawat perusahaan syarikat Lian Hoe Huat Sdn Bhd bertempat di Taman Lagenda Putra, Kulai Johor.
Turut hadir sama Tn Hj Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan Tn Hj Mazlan Bin Mohd Saleh, Pegawai Pertanian Daerah Kulai.
Lawatan ini diadakan bagi meninjau pelaksanaan aktiviti pertanian di lapangan serta mendengar sendiri pandangan dan maklum balas daripada para pengusaha tanaman berkaitan cabaran dan keperluan semasa mereka.
Di samping itu, lawatan ini turut bertujuan menilai keberkesanan program serta bantuan dan insentif kerajaan yang telah dilaksanakan dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran pertanian negara.
Semoga melalui lawatan seperti ini, hubungan kerjasama antara agensi dan pengusaha dapat terus diperkukuhkan demi meningkatkan produktiviti pertanian serta menjamin keterjaminan makanan negara secara berterusan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan

















![]()
