PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK
Audit Luar MyGAP telah dijalankan melibatkan lokasi tanaman sayuran di daerah Tangkak bagi memastikan pematuhan kepada amalan pertanian baik serta pengurusan ladang yang sistematik dan berkualiti.
Lokasi audit:
LOT 11759, Mukim Grisek 1
Nama Petani : Muhamad Ali Bin Selamat
Tanaman : Kacang Panjang
Luas : 0.245 ha
Pegawai Auditor:
• Encik Mohd Hafizul Bin Husin
• Puan Nor Azah Binti Mislan
Pegawai Pengiring:
• Puan Zubaidah Binti Ahmad
APT Kawasan:
• Muhammad Asyraf Bin Ja’is
Pelaksanaan audit ini diharap dapat memperkukuhkan pengamalan MyGAP dalam kalangan pengusaha pertanian ke arah pengeluaran hasil yang berkualiti, selamat dimakan serta mesra alam demi pembangunan sektor pertanian yang mampan.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan




